Tuesday, April 21, 2015

Ayam Masak Hitam









































Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (1.5 kg) dipotong 14 , bersihkan

Bahan memerap ayam:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar serbuk jintan putih
sedikit garam halus

Tumisan:
4 camca besar minyak
daun pandan
daun kari
rempah tumis 4 sekawan(kayu manis, pelaga,bunga lawang)





3 batang serai (diketuk)
4 labu bawang besar (kisar halus)
20 tangkai cili kering (kisar halus)
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar puri tomato ( dalam tin)
2 biji tomato merah (kisar)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 















Cara Penyediaan:

  1. Ayam potong sederhana kecil.  dan diperap dengan bahan perap yang telah dikisar halus bersama serbuk jintan putih  selama 1/2 ke 1 jam. Ayam ni di goreng separuh masak tapi sekarang saya guna magic pan saja.Masukkan dalam magic pan selama 4 minit, kemudian balikkan dan masak lagi selama 2 minit.
  2. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, daun pandan dan daun kari.
  3. Masukkan cili kisar, bawang kisar dan kacau rata, biar masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam, serai, kicap manis secukupnya dan tomato puree. Tambahkan sedikit air (1/2cawan) tutup tudung periuk , biar hingga mendidih.
  4. Masukkan garam & gula secukup rasa dan kuah nya menjadi pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

No comments: