Cerita Kakak

Kakak dalam cerita ini ialah anak sulung saya. Siswi tahun satu univeristi dekat rumah ni. Sejak mula masuk sekolah hingga Tingkatan  Atas ( di sebut Pra-U sekarang..), dia tinggal di rumah.
Bukan main susah nak suruh dia masuk sekolah asrama walaupun dapat tawaran masuk ke sekolah tinggi berprestij, dua kali. Pertama selepas keputusan PMR, kedua selepas keputusan SPM. Saya tak kisah pun dia tak mahu masuk sekolah berasrama, cuma nak bagi dia peluang kalau-kalau dia nak merasa kehidupan asrama macam adik dan kawan-kawan dia. Tinggal lah dia hingga habis sekolah menengah.
Sampai masanya, dia pilih universiti dekat dengan rumah. Alasannya tak ada orang nak jaga kucing dia.. (boleh gitu?!)
Pada hari pendaftaran masuk universiti; pendaftaran pukul 2.30 petang; pukul 1.45 petang baru bertolak. Sebabnya mencari kucing dia yang hilang keluar rumah; walaupun dia tahu, petang nanti kucing tu akan balik! Dan kucing tu memang balik macam biasa!
Agaknya dia susah nak melangkah keluar untuk hidup jauh dari rumah.

( seberang jambatan je pun...haha!)
Itupun tiap-tiap minggu dia akan balik. Sanggup naik bas dari Minden ke jeti, naik feri dan ambik bas lagi nak sampai ke rumah. Cuma sekarang semester kedua tahun pertama dia agak sibuk. Jarang balik.

Semalam sebaik sampai dari pejabat, buka pintu rumah, muka dia tersembul di pintu.
Terkejut mak!
Pertama , bila balik? Tak bagi tau macam selalu.
Kedua, awat muka macam orang pelarian? ( huhu, dahsyat mak ni...tapi dalam hati saja lah)

Bla..bla..bla.. dia bercerita tanpa ditanya.
Ayat akhir, boleh dak Kakak bawak kereta , sebab ada ujian pukul 9.30 malam ni, lepas ujian tu Kakak balik lah sini. Lepas tu Ezrina ( best friend, apa tu BFF? dan jiran) tolong hantaq Kakak balik USM. Kakak kena balik sini tadi ambik buku dr Ez utk projek esok, Ez baru sampai dr UUM tadi, Ez tak boleh hantar sebab kawan dia n family nak mai. Tapi Kakak kena balik pi USM jugak sbb ujian silat tu penting. Cuma tengah malam ni lepas kawan dia balik Ez boleh hantaq Kakak semula....

Pening lah! Awat benda senang buat bagi susah!!

Go to your room, take cold shower, solat maghrib, ( Kakak cuti,menjawab jugak!)
Mandi dan rehat, lepas tu makan. Lepas makan Mama hantaq
Time ni nampak mata dia bercahaya sikit.

Lepas solat maghrib Mama masak ekspress sambil ikut CD baca Ya Sin
30 minit - Siap,
bok choy tumis dengan oyster sos

Ikan kering goreng
Telur itik masak lemak cili api

Kakak, mai makan....
( Mama pi mandi dan bersiap cepat sebab dah pukul 8 lebih)

Curi-curi tengok dia makan..banyak nasi dia letak dalam pinggan, sampai bumbun..
Jatuh ayaq mata tengok dia makan...kesian anak aku...
Lepas makan muka berseri balik.
Cerah dan ceria.

Masalah dia bukan besar sangat pun..
Homesick!

 Hantar dia balik, tapi sampai ke Dewan Tunku Syed Putra saja. Berlari riang dia naik tangga ke tingkat atas sambil bawak kotak berisi buku dan backpack yang kembung, tentunya ada uniform silat di dalam.
Harap-harap ceria sampai bila-bila.

Comments

MAK TEH said…
Assalamualaykum cik milah,
Sweetnye kakak,berapa minit nak smpai U?






cikMilah said…
Waalaikumussalam MakTeh,
..kannn..nasib baiklah rumah dekat.
Dari rumah ke toll Penang Bridge dalam 5 minit, cross jambatan 8-11 minit...masuk ikut pintu Batu Uban dekat sangat...

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah