Monday, April 20, 2015

Daging Pesamah

Pesamah Daging pernah saya siarkan lama dulu  disini .



Apa tu pesamah? sesetengah orang memanggilnya besamah atau mesamah.

Ia seakan-akan kari pekat, tapi sebenarnya bukan kari. Rasanya lain sikit dari kari daging biasa. Ia perlu ada rasa rempah yang sedap, dagingnya lembut, ada rasa manis dan sedikit masam.Kesukaan saya ni, tapi jarang memasaknya. Pesamah sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi putih, malah sedap di cicah roti dan roti jala. 

Selalu nya saya masak agak banyak sebab makin disimpan dan dipanaskan, makin sedap. Kalau ada lebihan pesamah ni, saya juga buat sarapan dengan dengan lempeng kelapa...hahaha.. lempiang nyoq atau lempeng kosong saja..











Bahan-bahan yang diperlukan:



1. Daging dan perapan nya.
1 kg daging
2 paket rempah kari
1 labu bawang besar, pilih yang besar saiznya
1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula merah - saya guna gula merah cap bintang :)

Bawang besar, halia and bawang putih - dikisar kemudian di gaul rata dalam daging bersama gula
Perap satu atau 2 jam ( atau semalaman). Paling kurang kalau nak cepat ; perap selama 30 minit.


Bahan Utk menumis/ memasak
 5-6 ulas B wang merah India
2 ulas Bawang putih
1 inci halia
*** bawang merah, putih and halia diracik halus

Empat Sekawan
Rempah tumis 4 sekawan:

alkayu al manis - sebatang :)
Bunga lawang - 3-4 biji
Bunga cengkih- 3 - 4 kuntum
Buah pelaga - 10 biji

*foto ehsan andini septriani wordpress*



2 cawan santan
2 sudu kerisik
Asam gelugur,1 keping sudah memadai
Garam dan gula merah cap bintang- secukup rasa

Minyak utk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bahan yg diracik bersama rempah 4 sekawan sehingga bawang menjadi kuning dan terbit bau wangi.
Masukkan daging yg diperap, kacau hingga rata minyak kedalam daging ya..Jangan panik kalau nampak agak kering, nanti keluar air daging, cairlah ya..
Apabila daging sudah empuk dan kuah agak mengering, masukkan santan, gula merah dan asam keping. Gula merah tu elok lah tak dimasukkan semua sekali, masukkan sedikit dulu, nanti boleh ditambah. Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
Masukkan kerisik dan kacau gaul sehinga larut kedalam kuah.
Didihkan hingga kuah pekat. Tambah garam dan gula merah mengikut citarasa sendiri.
Bila sudah pecah minyak, boleh lah diangkat dari api.
 


No comments: