Thursday, April 2, 2015

Kacang Pool

Assalamualaikum,
Kacang pool sudah jadi makanan kegemaran keluarga saya. Dulu susah nak dapat foul meddames. Selalu kena pesan dengan kawan-kawan yang pergi Singapura.
La ni dah ada foul meddames kat pasaraya di utara ni, senang lah nak masak.
Makanan Arab orang Johor asalnya, saya suka buat sebab keluarga suka makan ni, terutama untuk berbuka puasa. Cukup lengkap semua gizi makanan ada di dalamnya.
Resepi ni bukan resepi kacang pool yang original.
Resepi rujukan yang saya buat dari blog Tiffin Biru, CMG dan juga dari pemerhatian saya waktu Chef Amer Hamzah menyediakan kacang pool untuk sarapan dalam satu kelas beliau yang saya hadiri.Suka hati jer mak ubah suai mengikut selera mak, yerr...
 

 

BAHAN-BAHANNYA :-)250 gram daging kisar
1 tin kacang pool
1 tin kecil kacang peas
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar serbuk ketumbar
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)

setengah batang lobak merah*
sebutir bawang holland*
sebatang seleri*
(*diparut sederhana halus , campurkan ketiga-tiganya )

Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar minyak sapi
Minyak zaitun secukupnya untuk menumis
Air secukupnya
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus

Bahan-bahan untuk dimakan dengan kacang pool
roti perancis atau sebarang jenis roti
Bawang besar, didadu kecil
Cili hijau, dipotong halus
Limau kasturi, dibelah 2
Telur goreng separuh masak
Lada hitam untuk di tabur.
Cara membuatnya
  1. Kacang pool dan kacang peas diramas tapi tak perlu sampai terlalu hancur .
  2. Satukan rempah kari dan serbuk ketumbar, tuang air kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan minyak sapi dan biar cair. Tumis bawang dan halia yang dikisar halus hingga naik bau harumnya. Masukkan rempah dan kacau rata. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak lagi, kacau lagi supaya daging tidak bergentel. Masak dengan api sederhana hingga naik minyak
  4. Tuang air anggaran 1 liter, kacau dan biar mendidih. Masukkan kacang pool dan kacang peas sekali dengan campuran bawang lobak merah dan seleri tadi. Kacau rata dan masak dengan api sederhana selama 10 - 15 minit, kacau sentiasa.
  5. Tambah lada hitam tumbuk, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga mendapat kepekatanyang disukai. Angkat dan hidangkan begini, contoh nya lahh...
Selamat mencuba...
 

2 comments:

zino said...

tak pernah terai lagi...

cikMilah said...

kena terai ni Zino...sedap!