Tuesday, April 28, 2015

Kuih Qasidah Kedah

Kuih qasidah popular dibulan puasa. Selalunya dibuat sendiri, jarang ada gerai pasar ramadan yang menjualnya. Rasanya biasa saja, tak manis, tapi cukup rasa lemak masin manis dari gula putih dan garam.  Agak leceh membuatnya. Tepung perlu dikacau atas api sederhana hingga betul betul masak tepungnya. Rasanya agak istimewa dengan bawang goreng yang garing, semestinya yang digoreng sendiri. Bawang goreng segera memang "tak jalan" dengan qasidah!
Qasidah Kedah berbeza dengan qasidah/hasidah orang Selatan dan Pantai Timur. Mereka menggunakan telur dan santan memberi rasa lemak yang agak mewah. Warnanya kuning , berbeza dengan putih polos Qasidah Kedah.

Bahan-bahan untuk resepi ini mudah: tepung gandum, air, gula dan garam

1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 sudu besar gula (kalau suka manis letak lebih sikit)
sedikit garam
sehelai daun pandan

Bawang goreng:
5 ulas bawang merah ( lagi banyak lagi sedap )
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara:
Campurkan semua bahan KECUALI daun pandan dan kacau sebati. Saya gunakan blender, cepat dan mudah. Tapis. Masuk bahan blender tadi dalam periuk bersekali dengan daun pandan dan kacau..... kacau.. kacau... jangan berhenti dengan senduk kayu hingga adunan pekat sedikit seperti dodol lembut. Pastikan adunan tepung betul betul masak ( kacau lebihkurang 40-45 minit ); keluarkan daun pandan. Tutup api terus tuang dalam loyang.
Ratakan dan biar ia sejuk sendiri .

Sementara itu goreng bawang yang sudah di hiris nipis. Goreng dalam minyak yang banyak untuk dapatkan gorengan yang rata warnanya. Bila sudah garing kuning keemasan, ambil bawang dari kuali dengan penapis ( keluli) kemudian terus taburkan bawang dengan sedikit minyak yang melekat pada penapis itu, dan ratakan pada seluruh permukaan kuih.
Dulu-dulu mak dan tok goreng bawang dengan minyak yang sedikit, bila bawang garing , tuang semua bawang dengan minyak sekali.
Maaf mak, chek tak berapa suka minyak berlinang...jadi chek guna minyak yang lekat pada penapis saja untuk renjis pada kuih.
Nampak kering la sikit, tapi chek sukaaaaa....!!!!

2 comments:

ManaL said...

1st time tau kedah ada hasidah. Our pekan hasidah is getting rarer and rarer, susah nak cari

IbuVouge said...

Subhanallah..saya bercadang petang nanti untuk berbuka..allah..sedapnya..