Samperit Resepi Lama
Terima kasih Anis Adlina Amir kerana sudi berkongsi resepi neneknya. Menginjak usia begini, saya suka menyelongkar khazanah nenek moyang mencanai rasa. Sejak akhir-akhir ini saya lebih menjurus kepada kuih-kuih lama. Sedap dan original. Kalau tak mencari dan belajar, seni kuih lama nanti hilang tak berkubur. Barangkali usaha kecil ini sekadar memeriahkan suasana, sebab ramai orang lain dah buat ; bagi saya sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk anak-anak saya merujuk... 1 tin tepung jagung Brown and Polson 450 g 1 tin mentega SCS/buttercup 454 g 7 kuning telur( ayam kampung ) 1 1/4 cawan gula; ( ***) 1 1/2 cawan tepung gandum ***Anis tak pasti gula jenis apa; percubaan pertama saya guna gula aisng, kurang manis dan terasa lemaknya, saya suka; kemudian saya cuba lagi gunakan gula pasir yang di kisar dan di ayak; hmm manisnya lebih terasa, tapi tidaklah terlalu manis. *** Campurkan senua bahan dan uli perlahan-lahan hingga sebati dan lembut. Saya gaulkan gula dan kuning telur , b...
Comments
sedapnya beriyani tu... bak la sikit...
Thanks for dropping by.
KakElle, pakkal jauh kannnn...
Blogrespi,
mmg simple tak yah fikir banyak, lauk sekali ngan nas, buat kari dan gaul salad!
Arsaili,
thanks fr dropping by.You pun pandai masak kan...!