Resepi ini saya dapat sejak zaman anak dara. Masa tu saya baru saja kerja selepas grad, bila raya ramai la kakak-kakak yang bawa kuih raya ke pejabat. First time makan, rasa biskut ni istimewa sangat. Saya pulak memang minat buat biskut jadi saya tanya resepi pada empunya tuan, kakYati. Resepi dari ibu mertua kakYati, ibu mertuanya orang bangsawan... Ok ka KakYati,resepi rahsia kot.... Eh tak lah nak rahsia-rahsia dik ooi.. Mak Wan cakap, buat apa la nak simpan resepi, mati tak bawa masuk kubur. Kalau share dengan orang lain, niat jer sedekah, dapat juga pahala jariah... Alhamdulilah, dapat berkawan dengan menantu orang bangsawan yang budiman ni..Banyak juga saya resepi lauk pauk MakWan yang saya belajar dari KakYati. Semuga roh Mak Wan mendapat rahmah dariNya,berkat kesyukuran orang-orang yang mendapat menfaat dari resepi ini. InsyaAllah. Nak buat dia memang la 'belemoih' ngan coklat sebab kena salut satu-satu. Selamat mencuba. BISKUT DENMARK Bahan-Bahan Bis...