My Kitchen Tales...Still, not a chef, just love to cook,and feel nothing better than cooking at home. A Traveller too....
Tart Teratai
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Saya pergi kelas belajar buat tart teratai tapi hasilnya tak memuaskan tekat jadi tart teratai ini saya olah dari resepi sendiri; kalau berminat dengan resepi sila tengok sini ya..
Terima kasih Anis Adlina Amir kerana sudi berkongsi resepi neneknya. Menginjak usia begini, saya suka menyelongkar khazanah nenek moyang mencanai rasa. Sejak akhir-akhir ini saya lebih menjurus kepada kuih-kuih lama. Sedap dan original. Kalau tak mencari dan belajar, seni kuih lama nanti hilang tak berkubur. Barangkali usaha kecil ini sekadar memeriahkan suasana, sebab ramai orang lain dah buat ; bagi saya sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk anak-anak saya merujuk... 1 tin tepung jagung Brown and Polson 450 g 1 tin mentega SCS/buttercup 454 g 7 kuning telur( ayam kampung ) 1 1/4 cawan gula; ( ***) 1 1/2 cawan tepung gandum ***Anis tak pasti gula jenis apa; percubaan pertama saya guna gula aisng, kurang manis dan terasa lemaknya, saya suka; kemudian saya cuba lagi gunakan gula pasir yang di kisar dan di ayak; hmm manisnya lebih terasa, tapi tidaklah terlalu manis. *** Campurkan senua bahan dan uli perlahan-lahan hingga sebati dan lembut. Saya gaulkan gula dan kuning telur , b...
Ovellete begitu popular sebagai ejen menggebukan tekstur kuih dan kek. JAKIM mengistiharkan ia adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides @ E471 iaitu sejenis pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan . Ia bererti ovellete adalah halal sekiranya bahan bernama Mono dan Diglycerudesnya sahih dari sumber tumbuhan. Masalah yang timbul sekarang ialah kita tidak boleh memastikan samada ovellete yang kita beli itu sahih dari sumber tumbuhan. Tidak ada petunjuk jelas bahawa ovellete jenama A menggunakan Mono and Di dari sumber tumbuhan, manakala ovellete jenama B dari sumber haiwan. Agak sukar bagi saya sendiri untuk memastikan ovellete yang saya beli itu halal kerana Ovallete selalunya di jual dalam bekas plastik jernih yang sudah di pek semula. Saya masih mencari ovellete halal....mohon dipermudahkan oleh Allah supaya ...
yuuu huuuuuu....Nasi kerabu sayur keladi! Siaran tertunda. Masak nasi kerabu ni masa bulan puasa tapi gambar nya baru jumpa! Kalau bulan puasa memang la mencari nasi kerabu " Kedah old fashioned" ni. Kena buat sendiri baru tepati citarasa. Cheewah, macam la pandai sangat...Tak da pun... cuma terfikir jugak, kalau tak buat sendiri bila nak pandai kan! Alkisahnya, satu pagi minggu saya di pasar basah terjumpa ulam segar. Saya pun beli beberapa ikat pucuk janggus/gajus, cabang tiga, putat, kesum, peria pantai dan selasih. Puas hati dapat pucuk-pucuk ni. Nak guna sikit saja tapi kena lah beli tiap satu. Balik dari pasar saya terus masak nasi. Masak awal sebab nasi kerabu ni kena guna nasi yang dah sejuk. Bahan-bahan yang perlu untuk nasi kerabu Kedah Bahagian nasi: Nasi putih secukupnya. Untuk sukatan ini saya gunakan 3 cawan beras. Tanak dan sejukkan, Kacau biar berderai. supaya mudah menggaul nanti. Ulam-ulaman : pucuk-pucuk ulam berbagai jenis; sekurang-kurang...
Comments