Apam Polka Dot tanpa Ovallete
Ovellete begitu popular sebagai ejen menggebukan tekstur kuih dan kek. JAKIM mengistiharkan ia adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides @ E471 iaitu sejenis pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan . Ia bererti ovellete adalah halal sekiranya bahan bernama Mono dan Diglycerudesnya sahih dari sumber tumbuhan. Masalah yang timbul sekarang ialah kita tidak boleh memastikan samada ovellete yang kita beli itu sahih dari sumber tumbuhan. Tidak ada petunjuk jelas bahawa ovellete jenama A menggunakan Mono and Di dari sumber tumbuhan, manakala ovellete jenama B dari sumber haiwan. Agak sukar bagi saya sendiri untuk memastikan ovellete yang saya beli itu halal kerana Ovallete selalunya di jual dalam bekas plastik jernih yang sudah di pek semula. Saya masih mencari ovellete halal....mohon dipermudahkan oleh Allah supaya saya mampu mendapatkan bahan yang halal dan
Comments