Kuantan, hari ini...
Kebanjiran.....gambar sayaciplak dari BHOnline, Metro Online and Melvistar
"Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu
Wahai diri..bukalah KalamNya iaitu Al-Quran,InsyaAllah hati akan menjadi damai "
Kuantan umpama tempat jatuh yang manis
dalam kenangan. Saya habiskan dua setengah tahun usia remaja di sana. Alam
kolej yang pelbagai rasa – kebanyakannya ceria belaka. Cabaran waktu itu cuma nak kekalkan CGPA. Selainnya
ceria dalam kehidupan . Saya jadi pencinta ombak di TC. Mula belajar main ombah
di Balok .Belajar bercinta pun di sana…
Kuantan juga mendekatkan saya dengan
aktiviti rohani. Usrah pimpinan Kak Ubai ( sekarang Adun Kelantan) Ustazah Salbiah, Ustaz Hassan, Abang Fuad yang mencurahkan ilmu mereka yang segalanya itu merupakan pengisian yang sedikit sebanyak mendidik
jiwa dan membentuk saya hari ini.
Banjir pertama saya pun di sana. Kolej di
genangi air . Seumur hidup tak pernah jumpa banjir…Wahhhh kami begitu gembira
main air!!!
Kena warning dengan Pakcik Midon warden
asrama…Ala pakcik.. kasi chance la orang nak main air….hahaha..Pakcik Midon pun
geleng kepala…warning tinggal warning…
Hari ini saya sedih melihat gambar-gambar
Kuantan.
Sekali Allah hantar tentera NYA ke Kuantan ..
gementar terasa sampai sini.. Semuga semua mereka yang sedang diuji dengan
dugaan berat ini terus sabar dan tabah.
"Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu
Wahai diri..bukalah KalamNya iaitu Al-Quran,InsyaAllah hati akan menjadi damai "
Comments