Spring..aku ingin kembali
Kalau ditanya ke mana saya ingin pergi selepas Makkah, Madinah dan Baitul Muqaddis,
jawaban saya ialah North Carolina!
Kenapa?
Kerana saya rindu!
Tengok gambar ini dan katakan pada saya, cantik atau tidak!
Ini gambar 1989 yang saya re-shoot dengan henfon. Bayangkan ia di depan mata!
jawaban saya ialah North Carolina!
Kenapa?
Kerana saya rindu!
Tengok gambar ini dan katakan pada saya, cantik atau tidak!
Ini gambar 1989 yang saya re-shoot dengan henfon. Bayangkan ia di depan mata!
Harap-harap tiada riak walau sebesar zarrah
Di sini mata dan minda saya terbuka melihat alam, manusia, dan diri.
Di sini saya belajar dan mencanai ilmu masakan
Di sini saya kenal cinta dan putus cinta
Di sini saya kenal usrah dan ukhuwah
Di sini saya belajar mengembara, memandu, mendaki
Di sini saya belajar susah
Di sini saya memandu 120km untuk bersolat tarawikh bersama umat Islam Amerika
Lihatlah bumi luas terbentang, berjalan di padang luas
Saya bagai bermimpi memandu sepanjang jalan kenangan di Appalachian Mountain dan melamun di Shenandoah Valley.. Menyanyi
Ingin mengulangi Elizabethan Garden dan menonton The Lost Colony. Waktu itu semua indah. Kami berempat tidah rasa cuak walau taman indah itu begitu sunyi. Di satu sudut seprti terdengar suara ombak. Mimpikah aku? Semakin di dekati baru tahu rupanya belantara bunga itu di tepian pantai Selat Pamlico
Saya mahu bawa kekasih hati dan putera puteri menjejak indahnya zaman remaja saya.
Mood: Berangan-angan
Comments