Posts

Mee Kari Ayam..my simple style

Image
Rasa-rasa nak makan mee kari malam ni; tapi leceh la nak siapkan mee kari yang saya belajar dari Poh Choo tu..Jadi saya buat mee kari yang simple saja untuk menu makan malam ni.. Bahan pun tak banyak sangat jadi tak ambil masa yang panjang untuk penyediaan dan kerja mencuci. Kalau ada yang nak tengok resepi mee kari versi lebih sedap sila tengok  disini resepi mee kari original saya. Bahan-bahan: 1kg mee kuning dicelur dan toskan Kuah: Bahan 1 paket rempah kari daging/ayam 1 batang serai diketuk 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 keping asam gelugur 2 liter air 1 kotak santan pekat minyak untuk menumis semangkuk ayam yang dah di potong kecil 5 batang kacang panjang - di potong-potong fucuk, tauhu kering kepingan ikan bebola ayam garam secukup rasa Sambal Cili Bahan-bahan: 1paket kecil serbuk cili 4 ulas bawang putih Minyak masak garam Hiasan Bawang goreng Daun sup dan daun bawang yang dipotong halus Cara membuatnya: Kuah Panaskan ...

Simple Sunday Pancake

Image
Basic Pancake Pagi Ahad nan dingin. Matahari belum pun keluar namun perut berkeriuk minta gizi. Tak ada makanan di dapur; roti dan biskut kering pun tak ada. Biasanya pun begitulah. Di rumah saya ada banyak "bahan" ( Alhamdulillah) yang sedia ada tapi perlu di proses untuk dimakan. Saya capai tepung, gula, susu, telur, kuali kecil. Resepi sudah lekat dikepala sebab ia mudah benar. Saya buat pancake ikut resepi ini sejak zaman belajar...Sukatan ikut cawan saja...jom tengok! Sukatan ini cukup untuk 6 -7 biji pancake 1 cawan tepung 2 sudu gula -saya guna gula yang kita bancuh teh saja.. 1/2 sudu teh garam 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder) 1 cawan susu ( susu segar atau susu tepung yang dibancuh) 2 sudu mentega ( kalau guna "salted butter" sila abaikan sukatan garam di atas ya!) 1 biji telur 1 sudu besar minyak sayuran Cara membuatnya: Ayak tepung dan serbuk penaik. Kemudian gaulkan dengan mentega menggunakan hujung jari hingga menjadi se...

Kuantan, hari ini...

Image
Kebanjiran.....gambar sayaciplak dari BHOnline, Metro Online and Melvistar   Kuantan umpama tempat jatuh yang manis dalam kenangan. Saya habiskan dua setengah tahun usia remaja di sana. Alam kolej yang pelbagai rasa – kebanyakannya ceria belaka.   Cabaran waktu itu cuma nak kekalkan CGPA. Selainnya ceria dalam kehidupan . Saya jadi pencinta ombak di TC. Mula belajar main ombah di Balok .Belajar bercinta pun di sana… Kuantan juga mendekatkan saya dengan aktiviti rohani. Usrah pimpinan Kak Ubai ( sekarang Adun Kelantan) Ustazah Salbiah, Ustaz Hassan, Abang Fuad yang  mencurahkan ilmu mereka yang segalanya itu merupakan pengisian yang sedikit sebanyak mendidik jiwa dan membentuk saya hari ini.   Banjir pertama saya pun di sana. Kolej di genangi air . Seumur hidup tak pernah jumpa banjir…Wahhhh kami begitu gembira main air!!! Kena warning dengan Pakcik Midon warden asrama…Ala pakcik.. kasi chance la orang nak main air….hahaha..Pakcik Midon p...

Menu Makan Malam Yang Ringkas

Image
Umpama burung pulang petang, saya melangkah masuk membawa rezeki untuk keluarga makan malam ini. Kudrat tinggal separuh. Kalau saya memilih untuk duduk alamat beratlah untuk bangun semula. Saya letakkan beg makanan di atas kebinet dapur, letak beg tangan dan beg kerja atas katil; lalu terus menyinsing lengan proses menu makan malam. Fenomena biasa la kan..bagi ibu-ibu bekerja Sekejap saja. Ringkas masakan malam  ini dengan bantuan magic pan. Menu terhidang selepas 30 minit.   Roti Perancis bawang putih, kentang organo, sup cendawan, salad nenas             Ayam panggang sumak Saya perap ayam ni sebelum tidur malam tadi. Bersihkan ayam dan potong kecil. Gaulkan dengan garam halus,serbuk lada cheyenne, serbuk lada putih, serbuk cili kering, perahan lemon dansedikit gula.Perap dalam peti ais. Keluarkan, susun dalam magic pan, grill tanpa minyak selamat 4 minit. Kemidan alihkansebelahlagi. Grill lagi 3minit. Siap. Sa...

Biskut Florentin Badam

Image
Jom cuba buat biskut meletup . Depa panggil chrunchy caramel la..almond cruchy la.. macam-macam nama glamornya.        RESEPI FLORENTA MIX NUTS 250g tepung Florenta mix 100g badam keping (almond flakes) 100g badam hiris (strip almond) 100g kuaci bunga matahari 100g biji labu 100g campuran lain - e.g. bijan hitam, bijan putih, kismis, sliced prune or kurma, oats dan sebagainya (ikut kesukaan anda) 1. Bakar atau goreng tanpa minyak badam hiris (perlu sebab dia agak tebal) hingga agak keperangan. Bahan lain tak perlu sb bila dibakar nanti dia akan cukup masak. 2. Sediakan loyang 14x14 dan alas dengan kertas baking, pastikan yang ianya tidak melekat. Saya guna alas baking yang jenis boleh di basuh. 3 Panaskan oven pada suhu 180°Celcius 4. Satukan semua bahan diatas, gaul rata dan tuang keatas loyang pembakar tadi. Ratakan nipis. 5. Bakar selama lebih kurang 10-15 minit atau keperangan. 6. Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan. Ka...

Wordless Wednesday #7

Image

Wordless Wednesday 6

Image