Posts

Biskut Koko Nestum

Image
Cukup mudah membuat biskut raya ni. Resepi zaman purbakala!!! Bahan-bahannya pun yang asas saja..kepada kawan-kawan yang tercari-cari resepi biskut mudah yang sedap dan disukai, saya cuba kongsikan di sini. Memang mudah, boleh di gentel bulat atau apa-apa bentuk. Tak perlu cari acuan terap, manik hiasan dan cantik tapi menyusutkan poket di zaman GST ni..   Sedap tak? Sedapnya macam makan nestum dengan milo, sekali gus berderai dalam mulut, ranggup terasa di kunyah, nyaman membelai tekak. Bahan-bahan: 250 gram majerin 3/4 cawan gula aising 2 cawan nestum 2 cawan tepung gandum 1 biji telur Putar gula dengan majerin hingga gebu dan berkrim. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Ayak tepung kemudian gaulkan dengan nestum rata-rata. Adunkan tepung kedalam adunan krim. Uli dengan tangan hingga menjadi doh lembut. Bulat-bulatkan doh, kemudian bakar hingga masak. (Saya pakai oven Soner: 160C selama 16 minit) Sejukkan. Cairkan coklat dalam double boiler. ...

Brownies untuk Awak

Image
Awak datang sewaktu saya amat rindu! Terima kasih kerana mencari saya di facebook. Betul kata awak, amat sukar melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati. Kita terpenjara oleh masa silam yang santai dan manis. Kenangan itu ulang berulang. Kenangan rupanya tak perlu bukti. Tak perlu simpan barang kenangan. Ia datang sendiri mengikut suasana. Ada yang pedih lirih ada yang manis. Ia datang ulang berulang. Kali terakhir dulu kita berpamit di tebing Sungai Tar. Awak mahu pulang menyahut panggilan bakti. Kata awak,kita berkelah. Awak minta saya buat brownies. Saya pun bawakan jagung rebus dan brownies kacang pecan. Rupanya awak beli ketam sepit biru dan masak entah apa tapi ia sungguh sedap. Kata saya kenapa guna duit banyak untuk ketam itu, padahal awak boleh beli set Corelle atau Vision untuk ummi awak. Kata awak mahu belanja saya makan sebab selama ini saya kongsi makanan dengan awak dalam kampus. Hahaha.. awak bijak mencium bau makanan. Awak tahu saja hari mana saya...

Kek Mentega Keju Oren

Image
Assalamualaikum... "Naked cake" la sangat...... Teringin nak makan kek biasa tanpa topping tanpa filling. Teringin nak makan kek keju yang ringan. Teringin nak makan kek rasa buah tapi tak mau kek buah yang padat. Saya selak-selak majalah dan jumpa resepi Chef Amer dalam Saji. Macam sedap nampaknya. Bahan-bahan pun ada. Siapppp!!!!! Saya dapat memenuhi keinginan di atas...Cukup seimbang rasanya. Resepi chef tersohor lah katakan... Bahan-bahan yang diperlukan: 200 gram mentega 50 gram krim keju 250 tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik 240 gram gula kastor 5 biji telur gred A 2 biji oren ( besar) Kupas kulit oren - cincang dan ketepikan.  Perah oren utk dapatkan jus - ambil semuanya korek isi oren dengan sudu, asingkan biji jika ada 1 sudu kecil cuka epal Cara-cara membuatnya Asingkan putih telur dari kuningnya. Ambil sejemput tepung , gaulkan pada kulit oren yang sudah di cincang, ketepikan. Satukan putih telur dengan gula dalam m...

Kuih Qasidah Kedah

Image
Kuih qasidah popular dibulan puasa. Selalunya dibuat sendiri, jarang ada gerai pasar ramadan yang menjualnya. Rasanya biasa saja, tak manis, tapi cukup rasa lemak masin manis dari gula putih dan garam.  Agak leceh membuatnya. Tepung perlu dikacau atas api sederhana hingga betul betul masak tepungnya. Rasanya agak istimewa dengan bawang goreng yang garing, semestinya yang digoreng sendiri. Bawang goreng segera memang "tak jalan" dengan qasidah! Qasidah Kedah berbeza dengan qasidah/hasidah orang Selatan dan Pantai Timur. Mereka menggunakan telur dan santan memberi rasa lemak yang agak mewah. Warnanya kuning , berbeza dengan putih polos Qasidah Kedah. Bahan-bahan untuk resepi ini mudah: tepung gandum, air, gula dan garam 1 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 1 sudu besar gula (kalau suka manis letak lebih sikit) sedikit garam sehelai daun pandan Bawang goreng: 5 ulas bawang merah ( lagi banyak lagi sedap ) Minyak untuk menggoreng. Cara-cara: Campurkan semua ...

Ayam Masak Hitam

Image
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (1.5 kg) dipotong 14 , bersihkan Bahan memerap ayam: 1 inci halia 3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 2 sudu besar serbuk jintan putih sedikit garam halus Tumisan: 4 camca besar minyak daun pandan daun kari rempah tumis 4 sekawan(kayu manis, pelaga,bunga lawang) 3 batang serai (diketuk) 4 labu bawang besar (kisar halus) 20 tangkai cili kering (kisar halus) 1/2 cawan kicap manis 2 sudu besar puri tomato ( dalam tin) 2 biji tomato merah (kisar)                             Cara Penyediaan: Ayam potong sederhana kecil.  dan diperap dengan bahan perap yang telah dikisar halus bersama serbuk jintan putih  selama 1/2 ke 1 jam. Ayam ni di goreng separuh masak tapi sekarang saya guna magic pan saja.Masukkan dalam mag...

Daging Pesamah

Image
Pesamah Daging pernah saya siarkan lama dulu   disini  . A pa tu pesamah? sesetengah orang memanggilnya besamah atau mesamah. Ia seakan-akan kari pekat, tapi sebenarnya bukan kari. Rasanya lain sikit dari kari daging biasa. Ia perlu ada rasa rempah yang sedap, dagingnya lembut, ada rasa manis dan sedikit masam.Kesukaan saya ni, tapi jarang memasaknya. Pesamah sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi putih, malah sedap di cicah roti dan roti jala.  Selalu nya saya masak agak banyak sebab makin disimpan dan dipanaskan, makin sedap. Kalau ada lebihan pesamah ni, saya juga buat sarapan dengan dengan lempeng kelapa...hahaha.. lempiang nyoq atau lempeng kosong saja.. Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Daging dan perapan nya. 1 kg daging 2 paket rempah kari 1 labu bawang besar, pilih yang besar saiznya 1 inci halia 5 ulas bawang putih 1 sudu besar gula merah - saya guna gula merah cap bintang :) Bawang besar, halia and bawang putih - dikisar kem...

Cerita Kakak

Image
Kakak dalam cerita ini ialah anak sulung saya. Siswi tahun satu univeristi dekat rumah ni. Sejak mula masuk sekolah hingga Tingkatan  Atas ( di sebut Pra-U sekarang..), dia tinggal di rumah. Bukan main susah nak suruh dia masuk sekolah asrama walaupun dapat tawaran masuk ke sekolah tinggi berprestij, dua kali. Pertama selepas keputusan PMR, kedua selepas keputusan SPM. Saya tak kisah pun dia tak mahu masuk sekolah berasrama, cuma nak bagi dia peluang kalau-kalau dia nak merasa kehidupan asrama macam adik dan kawan-kawan dia. Tinggal lah dia hingga habis sekolah menengah. Sampai masanya, dia pilih universiti dekat dengan rumah. Alasannya tak ada orang nak jaga kucing dia.. (boleh gitu?!) Pada hari pendaftaran masuk universiti; pendaftaran pukul 2.30 petang; pukul 1.45 petang baru bertolak. Sebabnya mencari kucing dia yang hilang keluar rumah; walaupun dia tahu, petang nanti kucing tu akan balik! Dan kucing tu memang balik macam biasa! Agaknya dia susah nak melangkah keluar ...