Leter mbak Reny terkesan juga dihati. Saya keluar dari spa dan terus ke kedai runcit. Alhamdulillah.. ada pun ibu kunyit..Segar lagi. Sementara masih bersemangat baik juga diteruskan sebelum azam terkulai layu.
Asam kunyit ini bukan baru bagi saya.. cuma tak diamalkan berterusan. Macam biasa.. bila badan dah sakit barulah mencari ubat.. Makan jamu ikut mood.. makan bila-bila suka.Kalau dulu mak selalu ingatkan... jaga badan.. badan tu nak pakai lama...tapi sekarang tiada lagi peringatan itu, lantas saya pun alpa dan tenggelam dalam kesibukan sendiri. ( sayu pulak.. sudah teputus rahmat dan doa ibu setelah dia di angkat ke sisi kekasihnya).al-Fatihah untuk mak.
Ibu kunyit saya rendam sebentar kemudian saya cuci bersih-bersih menggunakan berus botol bayi untuk keluarkan semuga kotoran. Walaupun tak ada baby di rumah ni, saya simpan berus ini untuk tujuan begini. Semuga benda kotor yang zahir mestilah dicuci bersih2 sebab kita nak guna sekali dengan kulitnya.. Selepas cuci, kita sucikan pula dengan selawat 12 kali...amalan biasa la kan..
kemudian parut . Saya guna parut yang sedang..jom kita racik sendiri kunyit asam kita.
Saat ini, terkenang juga.. alangkah bahagia nya kalau ada kunyit asam segera.. koyak peket dan campur saja dengan air.. terus minum.. kan best kan?. tapi
semua yang segera tetap tak sama jika dibandingkan dengan racikan sendiri.
Bahan-bahan untuk ramuan asam kunyit iket resep mbak Reny. Katanya ini warisan nenek moyangnya.
• Asam
jawa 250 gram.
• Kunyit
250 gram.
• Gula melaka 2 keping
• Air 1 liter.
• Garam
secukup rasa
Perah kunyit yang diparut tadi dengan sebahagian dari air kemudian rebus. Setelah panas, masukkan asam dan gula, kacau hingga gula hancur. Didihkan, kemudian masukkan garam. Angkat, sejukkan sedikit kemudian tapis dan simpan dalam botol. Boleh di simpan dalam peti ais.
Minum pagi selepas mkan dan sebelum tidur. Khasiatnya untuk membuang toksid, memecahkan lemak dan seterusnya melancarkan perjalanan darah. Selaluya badan akan jadi ringan selepas mengamalkan minumna ini secara regular selama seminggu...
Malam itu juga saya ulangi makan semula bawang putih bakar. Mudah saja membuatnya - bawang putih - dibakar atau goreng tanpa minyak..makan begitu saja.. 6 - 7 ulas sekali makan. Khasiatnya unutk pecahkan lemak dalam saluran darah.. di samping boleh merendahkan kolesterol.
Saya juga ula makan bawang holland mentah sebagai ulam. Tak banyak la.. cuci sekelopak dua setiap sajian nasi yan gjuga say amula kurangi. Bawang besar kuning ini bagus di makan sebagai ulam untuk - hidupkan sel-sel dalam badan..Badan sudah separuh abad, barangkali banyak sel sudah lemah.. mau tidur....dan kumpul lelamak. In syaaaAllah kita bangun segarkan sel-sel tubuh dengan khasiat organisme dalam bawang holland.
Mbak Reny tidak kedekut. jadi saya panjangkan di sini untuk untuk kita mendapat enfaatnya.,Ambil dan amalkan lah, sebarkan lah...dan berpada-padalah dalam mengamalkan aturan makanan kita. Saya ingatkan diri supaya bersederhana, tidak taksub dengan kepercayaan keran kita seharusnya berusaha dan tidak keterlaluan. Lagipun tak payah keluar $$$ untuk ubat buang toksid...semuanya dari dapur kita sendiri...
Tuesday, May 14, 2013
Sunday, May 12, 2013
Leter Mbak Reny...
Kaki rasa kejang. Sakitnya bila berjalan. Tangan pun terketar-ketar, pegang hp pun terjatuh, apalagi nak pegang jarum.
Saya ambil cuti separuh hari, pergi spa kegemaran menyerah diri pada Mbak Reny> Tak mau orang lain , mujurlah Mbak Reny free waktu yang saya minta.
Bermula dengan rendaman kaki dalam air suam; kemudian dia memberus tapak kaki dan mencuci kura-kura kaki. Kemudian saya ter...... panjat katil rawatan, sambil gelak kecil..hehe..macam mak nenek. Terok betul kejang kai ni sampai katil tinggi sikit pun susah sangat nak duduk..

Setelah itu bermulalah sesi Mbah Reny membedal saya, picit, ketuk, tolak, tarik...beraduh tak henti.. minta separuh nyawa..Alunan lagu jawa yang selalunya menjadi halwa telinga dah tak terdengar lagi. Kalau tak ada aircon tentu sekali peluh dah menyimbah..
leter Mbak Reny..udah kaku urat kamu kakak; masuk angin; darah kotor nih..kena buang angin dulu.. minum asam kunyit.. saya udah ajarin dulu, ada kamu buat ngaak? Jaga makan, jangan minum es..sayur menjalar renti dulu.. kurangi nasi. Kalo mau sihat .. kena pantangan ya....( aku? ya mbak..ya mbak.. aduh sakit di banting mbak..urut kaki ja pun...belum pun satu badan..)
Rasa-rasanya kali terakhir badan diurut,, setahun yang lalu.. hah...padan muka ku.
Sampia jumpa lagi bulan de[an Mbak Reny...nak tobat rasanya tak akan abaikan lagi penjagaan badan..

Wednesday, April 17, 2013
Monday, April 1, 2013
Sandwich Victoria
Assalamaualaikum
Minggu lepas adalah minggu yang amat sibuk. Saya ni kalau sibuk dan tertekan, tekak asyik minta makan . Teringin nak makan sandwich victoria tapi tak ada jual la pulak kat sini. Kat KL ada la kot, setakat ni bakeri atau bread house/kedai roti kat shopping mall di Seberang Perai ni, belum nampak lagi menjual kek jenis ni. Bertahun saya tak buat sandwich victoria sebab resepi asal hilang dalam simpanan. Tak payah lah berputus asa kan, banyak resepi kat internet. Saya ambil resepi dari blog sorang British, sebab di sana lah asalnya sandwich victoria ni. Begitupun, resepi asalnya pada saya terlalu manis; lalu saya olah sendiri mengikut selera saya.
Cara membuatnya tak susah: sama macam kek butter
Campurkan semua bahan and putar dengan kelajuan tinggi.
Bila adunan dah bertukar warna krim ; masukkan dalam 2 tin agak-agak sama rata;
Bakar dalam oven dalam 15 - 20 minit mengikut tahap kepanasan oven anda.
Biar sejuk dalam oven...
Masukkan 3/4 sukatan stoberi, gula dan perahan limau dalam pan, Kacau sambil renihkan hingga gula cair dan stroberi lembut
Angkat dan sejukkan . Kisar campuran ini hingga halus. Masukkan kembali dalam pan, masukkan lebihan stroberi , kacau jangan henti hingga stroberi jadi lembut dan agak pekat baru di angkat dari api.
Masukkan dalam bekas lain sebaik di angkat,
Sejukkan / seeloknya semalaman dalam peti sejuk sebelum diguna atas kek.
Tip membentuk sandwich :anda boleh pilih samada...
1. Sapukan terus kompot pada sebiji kek, kemudian lapiskan dengan yang satu lagi. Tekan sikit supaya melekat. Ayak gula aising ke atasnya
2. Sapu lapisan nipis kompot pada sebiji kek; kemudian lapiskan dengan kek yang satu lagi. Kemudian, sapu bahagian atas kek dengan lapisan yang lebih tebal.( macam gambar bawah tu..)
3. Boleh juga di sapu dengan krim segar sebelum dilapisikan dengan kompot.
4. Kalu tak nak buat kompot, boleh juga guna jem... tapi AWAS.. manisnya.. alaaa... hai...
Pada kawan-kawan yg minta resepi kat FB tu...selamat mencuba..

225 g mentega ( saya guna salted butter)
200 gula caster
4 biji telur A
225 g tepung kek/ naik sendiri
1 1/4 sudu kecil paras baking powder
100 g susu segar
2 biji loyang 8 inci
Cara membuatnya tak susah: sama macam kek butter
Campurkan semua bahan and putar dengan kelajuan tinggi.
Bila adunan dah bertukar warna krim ; masukkan dalam 2 tin agak-agak sama rata;
Bakar dalam oven dalam 15 - 20 minit mengikut tahap kepanasan oven anda.
Biar sejuk dalam oven...
Kompot Stroberi
250 g stroberi segar - hiris nipis
1/2 cawan gula pasir
2 sudu air perahan lemon
Masukkan 3/4 sukatan stoberi, gula dan perahan limau dalam pan, Kacau sambil renihkan hingga gula cair dan stroberi lembut
Angkat dan sejukkan . Kisar campuran ini hingga halus. Masukkan kembali dalam pan, masukkan lebihan stroberi , kacau jangan henti hingga stroberi jadi lembut dan agak pekat baru di angkat dari api.
Masukkan dalam bekas lain sebaik di angkat,
Sejukkan / seeloknya semalaman dalam peti sejuk sebelum diguna atas kek.
Tip membentuk sandwich :anda boleh pilih samada...
1. Sapukan terus kompot pada sebiji kek, kemudian lapiskan dengan yang satu lagi. Tekan sikit supaya melekat. Ayak gula aising ke atasnya
2. Sapu lapisan nipis kompot pada sebiji kek; kemudian lapiskan dengan kek yang satu lagi. Kemudian, sapu bahagian atas kek dengan lapisan yang lebih tebal.( macam gambar bawah tu..)
3. Boleh juga di sapu dengan krim segar sebelum dilapisikan dengan kompot.
4. Kalu tak nak buat kompot, boleh juga guna jem... tapi AWAS.. manisnya.. alaaa... hai...
Pada kawan-kawan yg minta resepi kat FB tu...selamat mencuba..
Wednesday, March 27, 2013
Patah Seribu?
Andai Allah memberi dugaan, Dia mahu kita berdoa meminta dariNYA dan berserah; dia akan beri bantuan, bukannya untuk kita berfikir memecahkan kepala bagaimana mahu selesaikan masalah itu.
Berilah masa untuk diri bertenang dengan zikrullah dan selawat.
Berilah masa untuk diri bertenang dengan zikrullah dan selawat.
Sambil merenung ke dalam diri,
serahkan diri kepada Allah sepenuhnya supaya kita tidak sendiri. Allah yang Maha
Perkasa secara pasti tidak akan biarkan hamba-hambaNya. Apatah lagi perempuan,
sifat2 rahmah, syafaqah, yang tersembunyi dalam diri perempuan bahkan
mendekatkan lagi Rahmat Allah kepada-Nya.
Walaupun banyak suami tidak
menghargai perempuan, kita harus sedar ramai lelaki-lelaki yang terlalai. Lelaki-lelaki yang terlalai daripada tanggungjawab, tidak sedar pengorbanan dan kasih sayang isteri. Saya berharap kita semua tidak terburu-buru. Saya yakin kita akan temui ketenangan di
dalam masalah dan kepedihan itu sendiri. Ubatnya pasti ada di dalam penderitaan
itu.
Saya menulis kerana sahabat saya
yang berkali-kali dihancurkan hatinya. Tidak mendapat nafkah secukupnya. Dimarahi bila menyebut dirinya letih, sakit atau keputusan wang. Padahal dialah yang melunaskan ansuran rumah, membelanja keperluan anak-anak sekolah, mencukupkan keperluan makanan di dapur, selain dirinya yang tidak pernah mendapat keperluan diri kalau tidak dibeli sendiri.
Saya juga mengingatkan diri agar kita jangan terburu-buru dalam melepaskan amarah. Anak melihat perlakuan kita. Fikiran pun tidak tenang selepas melepaskan marah. Kalau mengikut psikologi Barat, kemarahan perlu dilepaskan untuk mendapat ketenangan hati. Itu bukan cara kita. Diam dan mengadulah pada Allah. InsyaaAllah hati akan merasai ketenangan yang entah dari masa pusarnya.
Bersyukurlah dengan apa yang ada. Mungkin kita tidak sedar, sebenarnya wanita yang diuji dengan kemelut rumah tangga boleh mengutip pahala dari ujian itu; andainya kita sabar dan redha. Betapa penat melihat rumah bersepah bila pulang dari kerja, sabarlah kerana pahala bertaburan sedia untuk kita kutip dengan sabar dan iman.
Senyum dan ketawalah kepada masalah. Walaupun ia sebesar dan
seteguh gunung. Andai masalah itu besar, besarkan lagi minda kita berganda-ganda. Dengannya masalah akan jadi kecil dari minda. Seboleh mungkin, pertahankan kemanisan wajah. Masalah-masalah dan konflik yang dihadapi, tidaklah di luar
pengetahuan Allah. DIA MAHA TAHU. Segala yang kita tidak tahu pun DIA MAHA TAHU. Jadiya, usahlah semangat kita patah seribu. Pohon kekuatan dari Allah. InsyaaAllah , syurga dunia milik kita.
Jus Roselle
Musim panas ni, jom buat jus roselle! Sedap tau masam-masam manis, cukup puas membelai tekak yang dahaga. Bukan saja sedap, terjamin kualiti tampa persa dan perisa.
Tengok la tu.. anak bujang buat muka simpati, tak tahan tengok jus dingin ni...lepas snap dia sambar!

Tengok la tu.. anak bujang buat muka simpati, tak tahan tengok jus dingin ni...lepas snap dia sambar!
JUS ROSELLE
Jus Roselle ini saya buat dari kelopak bunganya. Saya meneliti beberapa brosur jualan lansung yang menyatakan ia kaya Vitamin C , bersifat antioksida, beta carotene, vitamin B1, B2 and B6. Jus ini rasanya masam-masam manis; pada saya lebih enak dari R***N*. Anak-anak pun setuju.
Saya kenalinya dulu sebagai asam paya. Pokok renik berbuah lebat di tanah rang di pinggir sawah. Waktu kecil dulu, saya suka memetiknya dan makan kelopaknya begitu sahaja. Asam paya kini merupakan tumbuhan industri dan panggilannya pun sudah berubah menjadi lebih glamor roselle!

Saya ke pasar malam memborong makanan basah dan terjumpa seorang kawan yang kini pengusaha minuman segar . Dia memberi saya minum percuma sebagai salam promosi. Ada selonggok buah roselle berwarna merah tua untuk pameran, geram saya melihatnya. Saya minta beli buah itu dan bertanya resepinya sekali. Mujur dia setuju. Semuga berkat murah hatinya, perniagaan jus pegaga dan roselle nya bertambah untung berganda. Resepi nya saya pos di sini..
250 g kelopak roselle
750 g gula pasir
3 liter air
Asingkan kelopak dari buah nya dan cuci. Saya rendam sebentar dalam air garam - bimbang ada ulat! Cuci bersih dan toskan. Rebus semuanya dalam periuk besar hingga keluar warna merah tua. Kacau selalu. Masak hingga airnya sejat hampir separuh. Sejukkan, tapis dan simpan. Cuaca panas begini.. cepat saja luak kordial roselle ni...Silakan...

Tuesday, March 26, 2013
Lemak Cili Api Udang dan Cendawan
300 g fresh shrimp
300 g oyster mushroom
500 ml thick santan
salt
Paste ingredients:
bird chiiles
unions
fresh tumeric
Steps:
pound all pasted ingredients finely.
Place in a pot. Pour in half of coconut milk, stir on fire until it boil up. I prefer to do this steps to ensure chilly in well cooked into a gravy. Add in slat. followed by shrimps and shredded mushrooms at once when gravy is boiling. Lastly add pin the other half of coconut milk. Simmer to boil and stir occasionally until done.
Labels:
Shrimp
Location:
Penang, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)