Pastry Fruit Cake

Kegilaan pada kek ini sudah berlalu. Kelakar pun ada masa sedang tular tu, macam-macam versi keluar di medsos. Kek Inggeris yang sudah lama popular ini adalah "tea cake" yang digandingkan dengan teh waktu minum petang.
Saya sendiri suka makan sambil minum teh chamomile yang lembut rasanya.
Kek mentega ini tambah sedap jika kita guna mentega, kalau tidak pun marjerin pun boleh guna. 


Bahan A:
100 gram mentega - suhu bilik 
180 gram gula kaster 
50 gram sourcream.Saya ganti dengan 50gram susu dicampur 2 sudu jus lemon.

Bahan B:
3 biji telur gred A - suhu bilik
1 sudu kecil vanilla extract
1 sudu kecil parutan kulit orange/1 sudu besar oren sunquick

Bahan C:
210 gram tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
500 gram buah segar- strawberi, bluberri, atau pic dalam tin.

Bahan D:
Snow powder - hiasan 

Cara cara:
Basuh dan potong buah pada saiz kecil sejam lebih awal dan keringkan dalam penapis atau tisu dapur. Saya hanya potong buah pada saiz kecil bila tiba masanya saja.
Ada orang taburkan dengan gula atas buah tapi saya rasa tak perlu sebab nanti gula mencair dan buah jadi basah.

Panaskan oven pada 170C. Lenser loyang saiz 9"x9" dengan sedikit mentega dan lapik dengan parchment paper. 

Putar mentega dan gula sehingga kembang dengan kelajuan perlahan. Masukkan sour cream/yoghurt dan putar lagi. 

Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sebati. Masukkan extract vanilla dan parutan lemon/oren. 

Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan kelajuan paling perlahan atau dikaupbalik dengan menggunakan sudip kayu sahaja. Jangan terlebih gaul.

Tuang ke dalam loyang dan ratakan permukaan atas. Boleh hentakkan supaya rata. 

Susun buah buahan rapat supaya kek naik cantik sekata. Masa ini saya taburkan gula atas buah, hasilnya nanti buah kelihatan cantik dan tidak kering.

Bakar hingga masak.

Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah