Tuesday, August 26, 2008

Popia Udang

Mudah dimasak , sedap dan rangup pulak tu. Kalau yang berkolesterol tinggi atau on diet.. he he he.. faham-fahamlah kan. Campuran udang dengan keju memang tinggggggiiii kolesterolnya. Sesekali layan, apa salahnya kan, makan biar berpada-pada. Bagus dijadikan pembuka selera berbuka puasa. Saya padankan popia ini dengan salad segar untuk mengimbangi gizi makannan.


Udang segar di kopek kulit
lada sulah
keju parut (saya guna cheddar cheese)
Kulit popia di potong memanjang.

Gaulkan udang dengan lada sulah.
Letak keju atas kulit popia, kemudian letakkan udang. Lipat dan gulung popia.
Lekatkan bancuhan tepung pekat pada hujung gulungan. Goreng .Sedap dimakan panas dengan sos cili Thai.


8 comments:

Kak Elle said...

Nampak sedap tapi minyak nya makoi...keju di goreng tak meleleh kuar ke?

akan cuba untuk iftar insya'allah.

cikMilah said...

Akak,
gulungan tu mesti ketat,so kejunya nanti tak pecah minyak.
memang bermingak, macam popia biasa,kena pedap dgn kertas utk serap minyak lebihan.
Akak cuba grill tengok ya!

Mommy Lily said...

salam..
uih sedapnyeee...harus cuba ni nanti bulan puasa...

thanks for the recipe

hanieliza said...

kkaliza pun dok kesian anak kkliza..
teringin sesangat nak makan popiah goreng.. rasanya esok kena buatkan dia popiah carabstik la..

cikMilah said...

mommyliza, aha ,,,baguih tu.Memang simple dam mudah...cubalah ya

KakLiza, ooo, crabstick pun boleh kan...thanks for the idea:)))panas2makan, sedap tu!

ummi said...

Amboii sedapnya popia nih..siap berekor lagi..hehe..mesti anak2 Ummi suka nih..Cik Milah, selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amalan berlipat ganda dan diberkati Allah swt.

ainizakri said...

Cik Milah

Sedapnya nampak popiah tu....kena cuba tu.

Terima kasih resepi tu.

Jun said...

cedapnyer nampak..slamat berpose yer cik milah..