Sahur tadi...Roti Benggali Keema Daging

Sebelum puasa hari tu pergi King Street dan Penang Street beli stok rempah, bawang dan kentang. Suka beli di sana sebab murah dan segar. Bawang tahan sebulan tak berkulat. Kentang pun tak kecut. Sempat juga singgah di Ismailia beli roti. Lebihan roti tu masih segar buat sahur hari ni. Roti benggali bakar dengan keema daging dan telur separuh masak.
Roti Benggali terbaik dari Ismailia atau Pitchey Bakery . Memang terkenal sangat terutama kat Penang ni. Saya pernah masuk ke dalam tempat proses roti bakeri ini waktu kelas membuat roti. Ada mesin pengadun besar, jadi tak da lah cerita hal menguli tepung dengan kaki dari bakery terkenal ni, setakat yang saya tahu.

Sekitar jalan di situ ada beberapa arca jalanan yang di lekat ke dinding. Menarik, fakta sejarah dan lelucun setempat. Kawasan ini penuh dengan binaan bangunan pra-penjajah dan diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia. Saya suka keunikannya. Sentiasa sesak dengan manusia pelbagai warna dari pelusuk dunia. Pejalan kaki paling ramai bersimpang siur di jalan sempit. Parkir kereta memang masalah di sini, tapi bagi kami inilah kehidupan di kawasan yang terkenal sebagai "the Little India of Penang" ini. Tiap lorong penuh dengan kedai kain, kedai emas, kedai remah, minyak wangi, malah kedai daging segar berselang mesjid, restoren dan rumah kongsi.
Menarik kan, arca seni jalanan ini terletak di King's Street.

Habis cerita roti dan "pekan tanjung", jom kita tengok resepi keema daging.
Resepinya saya dapat dari myresepi.

Keema Daging

  • 200g daging kisar
  • 1 biji bwg besar (di dadu)
  • 1 biji kentang (dadu)
  • 1 tbsp cili boh
  • *1 tsp campuran ketumbar dan jintan (kisar)
  • *1 tsp garam masala ( kalau tak ada ganti dengan "mixed herbs"
  • *1 tsp serbuk kunyit
  • *1" halia dan 2 ulas bwg putih(tumbuk)
  • *2 tsp serbuk kari daging
  • 1 biji tomato (dadu)
  • stgh cwn air
  • 1 tbsp serbuk badam
  • 2 pokok daun ketumbar (hiris)
  • 1 cwn kacang peas
  • garam dan bahan perisa secukup rasa

Cara-cara

  1. tumiskan bawang besar sampai kekuningan
  2. masukkan cili boh..tumis sampai agak garing
  3. masukkan daging hancur..masak sampai warna daging bertukar 
  4. masukkan bahan bertanda *, tomato dan air. didih selama 5-10minit
  5. kemudian, masukkan serbuk badam,daun ketumbar dan kacang peas. tambahkan garam dan bahan perisa secukup rasa...
  6. masak dgn api kecil lebih kurang 5 minit.masakan ni mmg tak berkuah.tapi kalau suka berkuah boleh jer tambah air. 

Menghidang

Potong roti setebal satu inci. Sapu mentega dan bakar. Saya guna magic pan atas api besar sebab nak jadikan ia ranggup dan kesan "hangus"..hehe
Rebus telur separuh masak
Susun roti dan sendukkan keema kemudia pecahkan telur ke atasnya.


Selamat mencuba!!

Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah