Nasi Daging Kenduri Korban- RE POST!
Terkini 30 Sept 2014 Assalamualaikum warhmatullah...Salam Aidil-Adha dan salam hari tashriq Firman Allah yang bermaksud "Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang yang sangat fakir". (Surah Al-Hajj:28). Maka ia akan membahagikan daging korban itu kepada tiga bahagian - untuk dimakan (orang yang berkorban), untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan untuk dihadiahkan (kariah dan lain-lain). Ada juga yang empunya korban mengambil sunat memakan sedikit sahaja daging korban dan selebihnya disedekahkan. Nikmatnya ibadah korban, kan? Daging korban bahagian kita dah kita sedekahlan, kemudian berganda-ganda Allah kembalikan nkmatnya dengan pemberian dari sanak saudara dan sahabat handai pula. Sehari dua ni saya masak terus daging yang di hadiahkan pada saya untuk meraikan tetamu yang datang berkunjung. Sedap makan daging segar ni. Masak goreng kunyit pun cukup perisa! Kalau ada masa nanti saya buat nasi daging InsyaAllah. Kena tunggu cuti hujung minggu...