Pineapple Upside Down Cake

Assalamualaikum,..
mengancam tak kek nenas terbalik ni?


Musim raya ni kalau berjalan ke rumah saudara mara sahabat handai, molek juga dibawa

buahtangan, kan. Baru-baru ni Saya buat sebiji untuk makan di rumah dan sebiji lagi untuk kawan semasa berkunjung ke rumahnya. Resepi simpanan saya ni dah tak ingat dapat dari mana.
Alhamdulillah, resepi ni tak pernah mengecewakan saya.  Resepi ini juga saya guna untuk buat jualan kek nenas; tak kurang tak lebih dengan cara saya buat untuk makan sendiri.

Kek ini ringan dan lembab. Tak jemu memakannya sebab ia penuh rasa nenas dari jus nenas , apalagi bila tergigit isi kepingan nenas ...hmmm... enak!

Saya kehabisan ceri untuk di letak di tengah-tengah gegelang nenas tu, jadinya say aganti dengan jelly tip. Letak tiga biji jelly tip , selesai masalah...dan nampak cantik pun...

200gm gula kastor
180gm mentega
4 biji telur (gred A)
300gm tepung kek / self raising flour*
* boleh juga guna tepung gandum  biasa. Sila tambah 1 sudu teh baking powder dan satu sudu teh s=oda bikarbonat , kemudian diayak sekali*
7 - 9 keping nenas dalam tin
1 cawan jus nanas ( dari dalam tin nenas)
1tsp vanilla
1/2 cawan gula perang
7-9 biji ceri merah

Cara-cara buat adunan kek.

Gula &mentega dipukul sebati sehingga gebu.
Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama esen vanila
Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit hingga habis.
Tuang jus nenas. kacau (pakai spatula jer) sebati dan ketepikan.

Cara menyusun nenas pada loyang
Adunan ini boleh muat loyang 8 inci dengan ketebalan lebih 2 inci. bila dah siap. Kalau loyang 9 inci is lebih nipis. Selalaunya saya guna loyang 9  inci yang bentuk segi empat. Lebih cantik sebab kita dapat susun 3 gelang nenas berderet.
Mula-mula sapu butter atau crisco pada loyang, kemudian lapik kertas kek. Sapukan juga sedikit butter pada bahagian atas kertas. Nipis saja tau.. Ini penting untuk mengelakkan buah melekat pada loyang , hasilnya nenas dan ceri tampak cantik bila kita terbalikkan.

Kemudian taburkan gula perang pada atas kertas kek yg dah disapu  butter tu. Kemudian baru susun kepingan nenas dan letak ceri untuk menutuo lubang pada gegelang nenas.

Sendukkan adunan kek , ratakan dan bakar.
Saya bakar pada suhu 180'c selama 40 minit

Hasilnya.... taraaaa.....
*

Comments

tulipurple said…
hehe kek tunggak-tonggek terbalik--->sy panggey dr kecik.
uwaaaaaa....jelesss jelessss,nak amik kelas membaking ngan sis bley dak?
ells^aiRiN said…
maksu, si buyung kat sebelah nih da terliur tgk kek nihh...post blik kg sket...dok mengidam kek asam duit-duit.. (pesanan dr nana)

Popular posts from this blog

Samperit Resepi Lama

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Nasi Kerabu Kedah