Samperit Resepi Lama
Terima kasih Anis Adlina Amir kerana sudi berkongsi resepi neneknya. Menginjak usia begini, saya suka menyelongkar khazanah nenek moyang mencanai rasa. Sejak akhir-akhir ini saya lebih menjurus kepada kuih-kuih lama. Sedap dan original. Kalau tak mencari dan belajar, seni kuih lama nanti hilang tak berkubur. Barangkali usaha kecil ini sekadar memeriahkan suasana, sebab ramai orang lain dah buat ; bagi saya sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk anak-anak saya merujuk... 1 tin tepung jagung Brown and Polson 450 g 1 tin mentega SCS/buttercup 454 g 7 kuning telur( ayam kampung ) 1 1/4 cawan gula; ( ***) 1 1/2 cawan tepung gandum ***Anis tak pasti gula jenis apa; percubaan pertama saya guna gula aisng, kurang manis dan terasa lemaknya, saya suka; kemudian saya cuba lagi gunakan gula pasir yang di kisar dan di ayak; hmm manisnya lebih terasa, tapi tidaklah terlalu manis. *** Campurkan senua bahan dan uli perlahan-lahan hingga sebati dan lembut. Saya gaulkan gula dan kuning telur , b
Comments