Kari Pekat Ikan Bawal Hitam

Waktu bergelar pelajar lah kita belajar berdikari. Apatah lagi merantau nun jauh di dunia sebelah sana. Mana mungkin boleh hidup tanpa sambal dan kari. Sehari dua boleh tahan, kalau dah jadi pemastautin kenalah menolak diri mencari cara untuk melayan citarasa dan lidah Melayu. Mahal pun mahal lah. Rempah ratus, belacan dan cili padi dicari jua walau pun kedai barang-barang Asia jauh di luar sempadan negeri; tahan memandu empat jam untuk mencari rempah, cili, asam, kicap dan daging halal. Kadang-kadang tergelak bila ingatkan "kelaku tak jughuh" ketika tu. Waktu tu tak ingat apa pun....janji halal. Kenangan ini sering terimbau kerana di sanalah titik mula saya belajar masak. Belajar mengenal bahan makanan, memilih yang baik, halal haram, bagaimana menyimpan dan memasak dengan baik. Kawan serumah dari Kelantan, darinya saya belajar masak nasi dagang dan kuih cik mek molek. Seorang dari selatan mengajar saya laksa johor dan asam pedas yang...