yuuu huuuuuu....Nasi kerabu sayur keladi! Siaran tertunda. Masak nasi kerabu ni masa bulan puasa tapi gambar nya baru jumpa! Kalau bulan puasa memang la mencari nasi kerabu " Kedah old fashioned" ni. Kena buat sendiri baru tepati citarasa. Cheewah, macam la pandai sangat...Tak da pun... cuma terfikir jugak, kalau tak buat sendiri bila nak pandai kan! Alkisahnya, satu pagi minggu saya di pasar basah terjumpa ulam segar. Saya pun beli beberapa ikat pucuk janggus/gajus, cabang tiga, putat, kesum, peria pantai dan selasih. Puas hati dapat pucuk-pucuk ni. Nak guna sikit saja tapi kena lah beli tiap satu. Balik dari pasar saya terus masak nasi. Masak awal sebab nasi kerabu ni kena guna nasi yang dah sejuk. Bahan-bahan yang perlu untuk nasi kerabu Kedah Bahagian nasi: Nasi putih secukupnya. Untuk sukatan ini saya gunakan 3 cawan beras. Tanak dan sejukkan, Kacau biar berderai. supaya mudah menggaul nanti. Ulam-ulaman : pucuk-pucuk ulam berbagai jenis; sekurang-kurang...
Terima kasih Anis Adlina Amir kerana sudi berkongsi resepi neneknya. Menginjak usia begini, saya suka menyelongkar khazanah nenek moyang mencanai rasa. Sejak akhir-akhir ini saya lebih menjurus kepada kuih-kuih lama. Sedap dan original. Kalau tak mencari dan belajar, seni kuih lama nanti hilang tak berkubur. Barangkali usaha kecil ini sekadar memeriahkan suasana, sebab ramai orang lain dah buat ; bagi saya sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk anak-anak saya merujuk... 1 tin tepung jagung Brown and Polson 450 g 1 tin mentega SCS/buttercup 454 g 7 kuning telur( ayam kampung ) 1 1/4 cawan gula; ( ***) 1 1/2 cawan tepung gandum ***Anis tak pasti gula jenis apa; percubaan pertama saya guna gula aisng, kurang manis dan terasa lemaknya, saya suka; kemudian saya cuba lagi gunakan gula pasir yang di kisar dan di ayak; hmm manisnya lebih terasa, tapi tidaklah terlalu manis. *** Campurkan senua bahan dan uli perlahan-lahan hingga sebati dan lembut. Saya gaulkan gula dan kuning telur , b...
Pesamah Daging pernah saya siarkan lama dulu disini . A pa tu pesamah? sesetengah orang memanggilnya besamah atau mesamah. Ia seakan-akan kari pekat, tapi sebenarnya bukan kari. Rasanya lain sikit dari kari daging biasa. Ia perlu ada rasa rempah yang sedap, dagingnya lembut, ada rasa manis dan sedikit masam.Kesukaan saya ni, tapi jarang memasaknya. Pesamah sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi putih, malah sedap di cicah roti dan roti jala. Selalu nya saya masak agak banyak sebab makin disimpan dan dipanaskan, makin sedap. Kalau ada lebihan pesamah ni, saya juga buat sarapan dengan dengan lempeng kelapa...hahaha.. lempiang nyoq atau lempeng kosong saja.. Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Daging dan perapan nya. 1 kg daging 2 paket rempah kari 1 labu bawang besar, pilih yang besar saiznya 1 inci halia 5 ulas bawang putih 1 sudu besar gula merah - saya guna gula merah cap bintang :) Bawang besar, halia and bawang putih - dikisar kem...
Comments