Ketupat Sotong
Akhirnya selepas 2 minggu mengidam saya makan ketupat sotong hari ini. Sebagai orang utara kawin pulak dengan orang senegeri, ketupat sotong ialah menu yang asing bagi kami. Tak dapat saya bayangkan apalah rasanya bila pulut disumbat ke dalam sotong kemudian di rebus dalam santan , halba, bawang dan halia. Saya ciplak resepi dari sifu masakan kak Hanieliza dan mencari-cari sotong yang sesuai. Kata suami, kalau tengok dalam gambar ni kena cari sotong jarum. Susah pulak mencari sotong yang panjang-panjang tu sekarang ni. Lagipun saya malas nak ke pasar borong. Jauh dan sesak! Bila jumpa sotong yang segar kat kedai saya pun ambil, tapi bentuknya besar dan kontot. Sayapnya pulak tirus dari bahagian atas ke bawah. Ini sotong buluh la... kata suami. Buluh pun buluh lah janji sotong....Itu syaratnya nak buat ketupat sotong kan. Lagipun isinya tebal....Untuk eksperimen ni saya masak 2 ekor saja.. Satu persatu saya ikut resepi kak Liza dengan taatnya. Selesai masukkan pulut dalam sotong... alamak, macam penyu bentuk ketupatku! Selepas di rebus, bentuknya tak berubah jugak.
Macamana nak makan pulak? makan sebagai lauk sampingan atau sebagai hidangan utama. Ketupat biasa ada rendangnya., , ketupat sotong ni apa lawannya?
Dalam terkebil-kebil tu teringat ada lagi kuah sambal tumis sotong kering semalam... ok lah tu. Ada pulak sserunding daging yang di beli dari T'ganu dulu....hah, jadik!
Macamana nak makan pulak? makan sebagai lauk sampingan atau sebagai hidangan utama. Ketupat biasa ada rendangnya., , ketupat sotong ni apa lawannya?
Dalam terkebil-kebil tu teringat ada lagi kuah sambal tumis sotong kering semalam... ok lah tu. Ada pulak sserunding daging yang di beli dari T'ganu dulu....hah, jadik!
Comments
canti presentation sotong ni nampak menyelerakan...penah juga buat sebab teringin, sedap juga dilayan sekali sekala...oooo bila nk balik kedah??? nk jumpa??? Insyaallah bole..ni mail rani apa-apa bg taw nooo nuwairani@gmail.com
KakRinn pun jakun gak bila tengok sotong sumbat ni keh keh keh. Soklan serupa jugak yg kakrinn tanya diri sendiri...lagu manaaaaa la nak makan benda alah ni.. nak try pun tak tergamak. Tapi kalau ada org kasi..heh heh, boleh jugak ekk sesekali rasa..
Kakcik dah try tuuu....apa komen ???
Ya btulll ana, ini memang percubaan berani mati..sesekali boleh la.sbb leamk sotong camput lemak santan tu.. memang lemak-lemak lemak!Sedap tu sedap jugak...
Rani, actually ketupat ni nak makan denagn apa? hi hi hi..
Rinn, not bad.. macam kata Rani,
boleh dilayan sekali sekala...
nanti kita coling-coling